BROSUR YANG DISEDIAKAN BAGI MENERANGKAN JISIM DAN BERAT |
Friday, 10 August 2012
Wednesday, 8 August 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro)
Tarikh : 08-08-2012
Masa : 0215 – 0315
Kelas : 2 MULLAI
Bilangan pelajar : 31 orang
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang : Sukatan dan Geometri
Tajuk : Timbangan Berat
Hasil pembelajaran : Murid-murid dibimbing untuk:
11.1 Mengenal unit gram dan unit kilogram
Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
murid-murid dapat :
a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan
memerhatikan senggatan pada alat penimbang.
memerhatikan senggatan pada alat penimbang.
b) mengenal jisim dalam unit gram dan unitkilogram
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan
dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat,
lebih ringan)
dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat,
lebih ringan)
Nilai : Bekerjasama, yakin diri.
Bahan Bantu Mengajar : Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Set induksi
ii. Aktiviti :demonstrasi, bersoal jawab – pengunaan bahan bantu
mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan
iii. Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran
Pelaksanaan P&P:
Langkah / Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Langkah 1:
(Penyampaian Isi Pelajaran)
(10 minit)
|
1. Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang bagi unit gram dan unit kilogram.
2. Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti objek-objek yang boleh ditimbang menggunakan alat penimbangntersebut dan menyatakan sebabnya.
3. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
|
Nilai:
-Yakin diri.
|
Masa
|
Pelaksanaan aktiviti
|
Minit 1-4
|
- Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas.
- Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang.
- Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang tersebut.
- Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh ditimbang menggunakan alat penimbang yang dipamerkan.
|
Minit 5-10
|
- Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan menggunakan alat penimbang.
Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel guru, beg sekolah murid dan seorang murid lelaki.
- Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek.
- Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.
|
REFLEKSI:
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan
dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah pertama, penggunaan bahan
bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik minat murid dan
banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Bahan bantu
mengajar yang saya guna ialah alat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka
jumpai dan biasa digunakan oleh murid. Murid-murid begitu teruja melihat
bahan-bahan yang yang saya bawa. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan
tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti sayur
hanya dimasak oleh ibu mereka. Kedua, ketegasan dan kelantangan suara.
Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu
pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya.
Selain itu, kelantangan suara juga
menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan
ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan
murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan
gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat
menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada
saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam
pengajaran dan pembelajaran saya. Contohnya, ketika saya mengaju soalan
dan meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam pengajaran
saya. Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan
yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian
memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan
dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat
menunjukkan keberkesanan pengajaran.
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti
dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi yang saya gunakan pada
langkah 1 lebih kepada pemusatan guru. Contohnya, saya sendiri melakukan
aktiviti menimbang objek menggunakan alat penimbang. Adalah lebih baik
sekiranya saya meminta murid melakukan aktiviti ini manakala tugas saya sebagai
fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid.
Seterusnya, teknik penyoalan yang saya
gunakan adakalanya mengelirukan murid. Apabila menyoal murid sepatutnya
saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil nama
murid untuk menjawab soalan secara individu. Hal ini menyebabkan murid
kurang bersedia menjawab soalan guru. Kelemahan seterusnya dalam p&p
saya ialah penggunaan bahasa yang digunakan ketika menyampaikan isi pelajaran
agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid tahun dua. Contohnya
ketika saya menyebut berat sebiji betik. “Berat sebiji betik lebih kurang
1.4 kg. Sepatutnya saya menyebut berat betik itu tepat pada nombor bulat
tanpa melibatkan nombor perpuluhan. Hal ini menyebabkan murid keliru
dengan istilah/ bahasa yang digunakan.
LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang
dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran
pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan
pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada
strategi pemusatan murid. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi
pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid.
Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan
keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru mempelbagaikan strategi
pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan
jayanya.
Guru mestilah peka dengan kehendak dan
keperluan murid. Layanan yang diberikan kepada murid hendaklah adil dan
saksama. Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka
belajar terus dapat dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek
bahasa dan istilah yang digunakan dalam penyampaian ilmu. Di sini saya
harus sentiasa berhati-hati dan beringat tentang istilah yang digunakan harus
sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid. Penggunaan istilah/ bahasa sangat
penting dalam sesi p&p.
Subscribe to:
Posts (Atom)